Fuhhhhh……kenapa aku mengeluh??Sesiapa yang kenal aku mesti boleh tau kenapa aku mengeluh.Bukannya aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada tapi bila sampai satu level, kadang2 kita rasa yang kita memang kena mengeluh.Mengeluh sebab memikirkan masa depan aku, hubby & anak2. Sampai bila nak hidup makan gaji?Sedangkan bulan2 cukup2 je untuk makan.
Sekarang ni keperluan satu famili aku n hubby insyallah dapat handle tapi untuk kehendak kitorang dah tak mampu.Bukan nak membuka pekung di dada tapi kenyataannya semua orang yang dah bekeluarga dan mempunyai anak2 mengalami situasi yang sama seperti yang aku rasa sekarang ni. Lagi2 lah kalau anak tu dah sekolah.Lagilah banyak nak guna duit.
Aku ingat lagi masa aku kecik2, kadang2 merengek nak beli itu ini.Mak ngan abah akan cakapla bagi Angah dulu.Bulan depan Along pula yer. Masa tu tak faham kenapa abah n mak nak tunggu sampai bulan depan. Masa tu memangla aku tolak ansur ngan adik2 tapi muka aku dah tarik muncung. Sekarang ni bila dah bekeluarga,sama2 cari rezeki ngan hubby barulah aku tahu kenapa mak n abah terpaksa pujuk aku supaya beralah ngan adik2. Masa nil ah kita tahu yang betapa bernilainya duit tu.
Masa aku belajar kat UiTM dulu pun aku dah pandai gak untuk guna duit dengan sebaik mungkin walaupun duit yang aku dapat adalah sumber dari PTPTN. Itu pun still tak cukup juga.Mak n abah juga tempat aku nak top up kan balik poket yg kosong ni. Ada masa alpa juga .Tengok member2 pegi tengok wayang, aku pun teringin gak.Tengok depapi makan kfc ke mcdonald aku pun nak join gak.Padahal sebelum aku masuk U dulu, tak pernah lah seumur hidup aku nak masuk kat tempat2 macam tu.Maklumlah abah ngan mak memang mengamalkan kesederhanaan dalam mengajar kami adik berdik .Baik dari segi makan pun sama. Walau pun kadang2 hati aku menjerit2 nak makan.Masa tu fikir gak yang abah ni kedekut tapi sebenarnya masa tu gaji abah kecik jer. Along minta maaf abah,bukan niat nak mengutuk abah tapi sekadar untuk berkongsi rasa. Macam mana nak pergi tempat macam tu sedangkan kat umah pun nak makan ayam sebulan sekali pun payah kecualilah Hari Raya.
Back to the topic,aku ingat nak buat something yang boleh tambah pendapatan keluarga tapi sekarang ni tak sempat lagi.Maklumlah Haikal n Hakim perlukan lebih attention.Hakim pun still breastfeed lagi, so susah sikit la kan.Masa dalam hidup aku dah jadi musuh.Bukan per, mana nak masak, lagi kemas rumah.Ni semua tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.Walau pun aku duduk ngan mak mertua aku tapi aku tak naklah bebankan dia dengan kerja2 rumah. Walau pun aku tak bagi dia buat kerja2 rumah tapi dia still juga nak buat.Kira kain baju mak mertua kau yg tolong basuh n lipat. Alhamdulillah aku dapat seorang mertua yg cukup memahami yang anak dan menantu bekerja untuk meneruskan kehidupan kini dan masa akan datang.
Apa yang bermain2 di fikiran aku adalah untuk mencari sebuah pekerjaan yang mana boleh memenuhi keperluan dan kehendak yang tak seberapa.Bayangkan sekiranya ada emergency, daripada siapa yang boleh kita minta tolong.So tabungan tu memang penting walaupun 10 ringgit sehari dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang mungkin timbul. Walaupun kadang2 bila difikirkan bukannya aku nak memilih kerja tapi factor jarak, masa dan keluarga dan anak2 lah yg menyebabkan aku kena berfikir dua tiga kali sebelum menerima offer daripada mana2 company. Kerja kerajaan walaupun dah berpuluh2 kali apply tapi still nasib tak menyebelahi aku. Harapan aku hanya untuk membesarkan anak2 supaya kehidupan mereka terjamin pada masa depan.Insyallah
Apa yang tercoret di sini adalah sekadar luahan rasa hati dan melepaskan rasa yang terbuku di dada. Bukan untuk mendapat simpati sesiapa tapi sekadar renungan bersama. Wallahualam.
5 comments:
sekadar coretan takpe..jgn carutan udah ler.. anyway kuatkan semangat insya'allah murah rezeki u babe nanti...
even aku tk bekeluarga lagi..aku tetap nk cari keje lain gak..mari la kita berusaha mencari kerja lain & bertawakal k..insyaallah ada rezeki kita nnt.Amin..Gud luck beb..
fa.. contact akak.. akak pun sama cam awak.. and alhamdulillah.. akak dah jumpa sesuatu yg pada pendapat akak boleh jadi income untuk keluarga dan diri sendiri serta ada masa untuk keluarga.. contact me ok..
rileks ar beb..kita serupa..sentiasa mencari yg terbaik dr yg terbaik..anggapla ni semua dugaan..bersusah2 dahulu..bsenang2 kemudian..
thanks to u gurlz...i hope our dreams come true.
Post a Comment