Fariza & Arman

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day!-11th May 2008







Happy Mother's Day to all womens in the world!Mama,mummy,ibu,emak,umi...What a wonderful name kan...Semua gelaran tu tercipta untuk panggilan seorang anak kepada ibunya.

So, aku nanti nak anak-anak aku panggil aku "Mama".Pertama kali bergelar mama, rasa excited sangat.Gembira tak terkata.Kasihnya seorang ibu terhadap anaknya tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Hanya Allah yang tahu bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam perutnya.

Selama ni, aku dok tengok orang jer dok membawa perut diorang ke hulu ke hilir.Bila turn aku, barulah rasa sendiri macam mana dok kendong baby dalam perut ni. Masa aku disahkan pregnant kan, macam2 benda yang aku fikir.Macam mana lah bila ada 'orang' dalam perut aku?Macam mana bentuk perut aku nanti yer?Suspens je den.

Bila tv tayang citer pasal Hari Ibu,Faham-faham jela.Kebanyakan citer kat tv sumenye feeling so strong.Ngan aku-aku sekali touching.Korang tengok tak citer Cerekarama 'Demi Masa'. Lakonan Shiela Rusly ang Rozie Rashid.Bayangkanlah seorang anak yang tak mengaku ibunya sendiri.Disebabkan malu terhadap ibunya, dia sanggup untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjauhan dari ibunya. Padahal si ibu ni sangatlah merindui anaknya.Sehinggakan bila tak tertahan rasa rindu lagi, si ibu datang mencari anaknya.Betapa sedihnya perasaan si ibu bila cucunya sendiri mentertawakannya.

Setelah beberapa lama terdetiklah perasaan si anak untuk pulang ke rumah.Namun begitu, ibunya telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.Hanya surat ditinggalkan sebagai pesanan terakhir kepadanya.Barulah anak ini mengerti mata yg dimilikinya, suatu ketika dulu pernah dimiliki oleh ibunya. Betapa ibu ini ingin anaknya melihat alam ini dengan kedua-dua matanya.Walaupun si ibu tahu dia akan kehilangan satu mata tapi demi anak tercinta dia sanggup mengorbankan segala-galanya.

Betapa hancur luluhnya perasaan si anak bila membaca kandungan surat itu.Betapa berdosanya dia bila mengenangkan dosa-dosa terhadap ibunya.Kesimpulan daripada cerita ni, kita boleh hayati bahawa kasih ibu memang tak boleh dicari ganti.

Setelah saya mendapat gelaran mama, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.Sayangilah ibu anda sebelum kita menyesal untuk selama-lamnya.

2 comments:

It's me..... said...

:o) aiiii..ni leh bt sinopsis citer ni...erm..kiter pn berair mate tgk citer tu terus p jenguk mak kite..skali ngn die22 skali berair mate..sweetkan???? :o)tepat 12.01 wish kt mak SELAMAT HARI IBU..utk kak fa pn..SELAMAT HARI IBU :O)

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu Kak Fari..
erkkk...x lmbat sgt kn kn kn..
ekekekke