Fariza & Arman

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 12, 2008

Happy Birthday Sayang!




Tanggal 4hb Mei 2008 genaplah umur papa yang ke 27 thn.Masa ni aku ada kat Melaka.Hubby hantar i balik Melaka 1hb Mei,Hari Buruh,Then hubby balik KL sebab kene keje Jumaat and Sabtu.


Actually aku tak apply leave masa hari Jumaat tu.Aku amik emergency leave je.Heeehehhe.Bukan per nak bagi abah ngan mak puas sikit dengan cucu yang sorang ni.Bagilah lepas gian rindu kat Haikal ni.Maklumlah dah lama takde cucu kecik.


Hari Sabtu petang tu ajak abah ngan mak pegi beli kek untuk sayang.Konon2 nya nak bagi surprisela.Sampai kat Masjid Tanah masuklah satu kedai ni.Tengok kek dia semua tak menarik.Then aku cakap kat mak,tak jadila nak beli kek sebab semua nampak tak best and tak cantik.Sedih gak memula tu ,sebab ingatkan tak jadila nak surprisekan hubby aku ni.Nak pegi Melaka, jauhla pula.


Then, masa nak balik tu aku nampak ada satu lagi kedai kek .Masuk kedai kek tu, berseri2 muka aku.Banyak lak pilihan kek dia.Lastly aku pilih kek coklat untuk hubby. tak sabar rasanya nak makan kek ni.


Malam tu tunggulah hubby balik.Masa call tadi, dia cakap on the way, on the way , tapi tak sampai juga.aku ajak Fatin stay back sama.Kesian dia, padahal adik aku ni dah nak tido.Pukul 1 pagi macam tu baru hubby sampai kat umah.Then, lepas nyalakan candle,Happy Birthday Papa Haikal!

Happy Mother's Day!-11th May 2008







Happy Mother's Day to all womens in the world!Mama,mummy,ibu,emak,umi...What a wonderful name kan...Semua gelaran tu tercipta untuk panggilan seorang anak kepada ibunya.

So, aku nanti nak anak-anak aku panggil aku "Mama".Pertama kali bergelar mama, rasa excited sangat.Gembira tak terkata.Kasihnya seorang ibu terhadap anaknya tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Hanya Allah yang tahu bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam perutnya.

Selama ni, aku dok tengok orang jer dok membawa perut diorang ke hulu ke hilir.Bila turn aku, barulah rasa sendiri macam mana dok kendong baby dalam perut ni. Masa aku disahkan pregnant kan, macam2 benda yang aku fikir.Macam mana lah bila ada 'orang' dalam perut aku?Macam mana bentuk perut aku nanti yer?Suspens je den.

Bila tv tayang citer pasal Hari Ibu,Faham-faham jela.Kebanyakan citer kat tv sumenye feeling so strong.Ngan aku-aku sekali touching.Korang tengok tak citer Cerekarama 'Demi Masa'. Lakonan Shiela Rusly ang Rozie Rashid.Bayangkanlah seorang anak yang tak mengaku ibunya sendiri.Disebabkan malu terhadap ibunya, dia sanggup untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjauhan dari ibunya. Padahal si ibu ni sangatlah merindui anaknya.Sehinggakan bila tak tertahan rasa rindu lagi, si ibu datang mencari anaknya.Betapa sedihnya perasaan si ibu bila cucunya sendiri mentertawakannya.

Setelah beberapa lama terdetiklah perasaan si anak untuk pulang ke rumah.Namun begitu, ibunya telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.Hanya surat ditinggalkan sebagai pesanan terakhir kepadanya.Barulah anak ini mengerti mata yg dimilikinya, suatu ketika dulu pernah dimiliki oleh ibunya. Betapa ibu ini ingin anaknya melihat alam ini dengan kedua-dua matanya.Walaupun si ibu tahu dia akan kehilangan satu mata tapi demi anak tercinta dia sanggup mengorbankan segala-galanya.

Betapa hancur luluhnya perasaan si anak bila membaca kandungan surat itu.Betapa berdosanya dia bila mengenangkan dosa-dosa terhadap ibunya.Kesimpulan daripada cerita ni, kita boleh hayati bahawa kasih ibu memang tak boleh dicari ganti.

Setelah saya mendapat gelaran mama, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.Sayangilah ibu anda sebelum kita menyesal untuk selama-lamnya.

Friday, May 9, 2008

Buah Hati Cinta Mama & Papa

Buah Hati Cinta Fa & Man


Arman Haikal B Sudarman


Balik daripada ofis, macam biasalah...Mesti nak kena fikir pasal makan malam.Hari-hari pun nak kena citer pasal apa yg nak makan untuk hari ni. Aku ngan hubby selalu bertekak pasal makanan ni. Yelah bila dah hari-hari makan sampai tak tau nak makan per.



"Sayang, harini nak makan pe yer?".Jawapan ni lah selalu aku dapat daripada suami tercinta aku ni haa..."Ikut awaklah sayang, saya tak kisah."Adoi!!!!At last aku decide balik ni nak masak nasi goreng cili padi. Memang favourite aku ngan hubby. Sampai je umah terus masak nasi.Padahal den dah tak larat sebenarnyer tapi sebab tanggungjawab kepada suami aku ni.Ku turutkan juga.(Bukan tak ikhlas, sebenarnyer den ni lapar giler...)Hehehehehe...



Lepas tumbuk cili padi dan bawang putih, aku pun dengan semangatnya memulakan kerja2 memasak nasi goreng..Fuiyoo..terliur lak aku bila aroma nasi goreng menusuk hidung. Tak sabar rasanya nak makan.Dahla aku masak banyak.Terlintas dalam hati aku ni nak simpan nasi goreng ni untuk esok. Masa makan adalah perasaan yang paling seronok sekali.Maklumlah bila hubby puji nasi goreng ni sedap.Kembang kempis aku dibuatnya.Perasan je minah yg tengah tulis blog ni kan.Jangan marah ye !Bila dah makan, of course lah badan terasa letih and mengantuk.Apa lagi zzzZZZZZ.

Masa tengah mengandung ni lah, sikit2 nak bangun pergi toilet.Adoiii..penat sungguh aku rasa nak kena bangun bila dah terlena ni. Pukul 3.30pagi masa tu,rasa basah je. Ingatkan terkencing ke apa.Tapi tulah tak logik juga, dah besar2 pun tak pandai lagi nak bangun sendiri.Pastu, rasa macam nak buang air besar lah pulak.Bila masuk toilet takde apa2 pun yang berlaku.Terlintas dalam hati aku, takkanlah air ketuban pecah. Bila fikir balik, tak mustahil sebab due date untuk deliver baby ada lagi 3 hari. Nak kejutkan hubby tak sampai hati pula,so aku tunggu dalam 15 minit macam tu. "Sayang..kenapa ni?"tetiba hubby i mengejutkan i dari lamunan."I rasa air ketuban i pecahla sayang tapi takut bukan lak".Aku telefon mak bagitau pasal air ketuban pecah.Mak nasihatkan aku pegi hospital sebab ni kan anak sulung.So untuk mengelakkan apa2 berlaku,dengan pantasnya, aku pun ajak hubby pergi hospital.

Dahla rumah kat Pantai Dalam, Hospital Universiti punyalah dekat tapi Hospital Selayang yang jadi pilihan.Aku bukan apa,dah semua oang cakap hospital ni bagus,aku terujalah.Aku kalau boleh nak hubby yang tersayang aku ni masuk tengok aku deliver baby.Barulah rasa touching and insaf sikit.UH lak husband tak leh masuk tu yang membuatkan aku memilih Hospital Selayang.

Sampai Hospital dalam pukul 5 pagi macam tu.Nurse suruh aku tukar pakai kain batik untuk check samada aku dah boleh deliver ke belum.After check, bukaan rahim baru 2cm. Pukul 11 pagi aku ditolak ke labour room sebab bukaan rahim dah 3cm.Perasaan aku time ni,Allah je yang tahu.Berdebar2 and sedih,takut pun ada.Bila aku telefon abah ngan mak minta diampunkan kesalahan aku.Aku rasa hiba sangat. Paling dramatik sekali bila cium tangan hubby tersayang,minta dihalalkan makan minum ,menitis air mata aku.Sebak sangat......

Masa dalam labour room ni pula adalah sorang perempuan India yang nak deliver baby gak.Dia punya jerit tu.Masyallah.Tak dapat aku bayangkan.Aku yang dengar ni pun suspen jer.Actually,nurse semua dok suruh aku ambik epidural.Korang tau ke epidural tu apa?Epidural ni salah satu injection yang boleh mengurangkan rasa sakit bersalin.Kalau ikut aku, aku tak nak tapi nurse2 ni dok syorkan aku ambil epidural ni.Diorang semua cakap,untung beranak time ofis hour ni,leh ambil epidural.Kalau malam tak dapatlah epidural ni.

Selepas terpujuk dengan rayuan misi2 ni,at last aku pun amik gakla suntikan epidural ni.Suntikan ni depa buat kat tulang belakang tau.Sakit tu memangla sakit tapi tulah aku pun tak tau perasaan sakit yang sebenarnye kalau tanpa epidural ni.Wallahualam.

Dalam pukul 4.10ptg , tiba2 aku rasa macam nak terberak,masa ni hubby aku tengah duduk kat luar.Aku panggil nurse."Nurse, saya rasa macam nak berak la,ni pun rasa macam nak terkucil tapi kutahan juga."Ni macam dialog dalam citer P.Ramlee la.Salah dialog la pula.Nurse check bukaan dah 7cm.Masa ni aku rasa kepala baby macam dah nak keluar.Nurse tak suruh teran, aku dah teran dulu.Aku suruh nurse panggil hubby masuk dalam.Dengan empat kali push, aku dengar tangisan yang paling aku nak dengar sekali.Anak sulung aku dah keluar.Perasaan gembira yang tak dapat dibayangkan.Syukur alhamdulilah.Lahirlah Arman Haikal B Sudarman pada petang yang hening, pukul 4.21ptg,tanggal 17hb Januari 2008.

Ni nakcerita pasal macam mana terjadinya nama Arman Haikal. Memula tu ingatkan nak bagi permata hati sulung kami ni as Danial Haikal bin Sudarman.Akulah beritahu hubby suruh tukar nama Danial tu kepada Arman.Sebabnya nak bagi cantik nama anak dan papanya.Barulah ngam kan papa?Sayang papa.Muahhhh.

Last Day Before Deliver Baby

Kira story aku back to the past la kan.Tanggal 16hb Januari 2008, tak sangka lak pula harini last day aku sebelum deliver my baby boy ni. Masa ni aku still keje lagi.Maklumlah 20hb Jan dijangka aku akan deliver baby.Actually tengah berdebar-debar menunggu kelahiran permata hati sulung kami.Bercampur baur perasaan aku time ni. Gembira, seronok and sedih pun ada. Kat ofis tengah bertungkus lumus menyiapkan keje PMS (Problem Management Sheet) aku ni. Nak siapkan semua PMS and release kat Aqma before aku deliver la kan. So balik ofis nanti takdelah melambak keje den.Hehehe... Faham-faham jela aku ni kan jenis yg ikut suka jer..Angin aku harini baik la pula.Rajin semacam jer.Entah apa-apa kertas atas meja aku ni. Entah kertas ke sampah sarap pun aku tak tau.Semua sampah sarap ni aku buang. Habis penuhla tong sampah dengan sampah sarap aku yang telah berkurun lama ala-ala lagu Exist ni ha.Teringat pula zaman dulu kala. Masa tu memang best giler.Opsss..ni dah cerita lain dah ni.Berbalik to original story ok.Kemas lah punya kemas,lap meja ala-ala macam duduk kat kedai mamak.Fooohhhh..lega siot..Termengah-mengah eden ni ha tapi gigih gak nak kemaskan meja and cantikkan lagi susun atur meja ni.Senang hati den nengok meja yg dah kemas and cantik versi aku la kan.Hahahaha.Perasan!! Hopefully after pantang 2 bulan nanti, balik ke opis nanti adalah semanagt baru, meja yg 'baru',anak baru.Baru leh semangat sikit nak keje.Betul tak kengkawan.Oklah, nanti kita sambung citer lagi k.Babai.

Thursday, May 8, 2008

My Own Blog

First time ada own blog rasa excited sangat .Ni pun after tengok Kak Laila punya blog. Rasa teruja masa baca cerita2 dia.Tu yang tetiba gatal gak nak create blog sendiri.Kita boleh share everything kan.

Boleh gak habiskan masa .Tul tak??Bila boring2 bolehla tulis blog ni.Nak buat luahan perasaan pun boleh tapi janganlah sampai membuka pekung di dada.Nanti apa pula kata korang.Syoknya!!Rasa semangat je aku nak tulis blog ni sampai malas nak buat keje.