Fariza & Arman

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, March 8, 2015

Budak dulu vs Budak Sekarang


Image result for think about your parents

Tetiba jer terpanggil nak berceloteh pasal budak now now n budak dulu.Mesti ada yang tanya,nape yer?
Baru ni, adik aku pun reply "duit PTPTN dah masuk,so masyukk".. Aku balas balik,"Along dulu pun beli handphone pakai duit PTPTN tapi masa tu,handphone memang mahal.Bezanya, budak dulu beli handphone sebab keperluan tapi budak now now beli handphone macam tukar handbeg.Yerla,ikut trend kan..

Tadi handphone,now pasal fesyen.Dulu masa belajar kat ITM, memang selebet gile.Dah a course land survey yang memang kene pikul alat and berpanas sume.memang buruk giler aa.Masa tu trend pakai jeans and kemeja besar.Memang bajet lawalah.Hahahah.Kalau nak compare ngan budak now now,tak tercompare la.Sekarang ada fb,ig,tweeter and macam2 la.Nak beli dress,skirt,beg sume online.Tup tup bila masuk uni je memang kababoom .Memang cun and glamour.Budak gegirl now now  sume memang stylo.

Tapi tak bole comparela zaman dulu and zaman now now.Masa zaman aku dulu,aku anak sulung dari lima beradik.Kitorang dulu dok Sabah.Abah penjawat awam kat kem tentera.Yela lepas result SPM diumumkan,aku applyla UPU.Sebab aku ni SPM gred 2 ,masa tahun 99 dulu banyak budak gred 2 diberi peluang kedua and dapatlaah masuk ITM dengan course yang kitorang tak tahu asal usulnya.

Diplomal Sains Ukur dan Geomatik.Apakah itu??Dahla course tu kat ITM Arau.Bayangkanla dari Sabah sampai ke Perlis,memang sadis.Masa tu tiket flight pong pergi balik dah 800 lebih..Wah memang mahal wa cakap lu..Apa yang aku melalut nih.Yelah time ni ekonomi famili pun tak stable lagi.Masa ni nak minta duit kat abah pun aku takut2.Memang dok rolling duit ptptn jer la.

Adik2 aku yang last and kedua last memang so lucky la.Yela,masa ni abah dah pencen so nak minta apa2 pun senang.Masa zaman aku dulu,nak pi mana2 pun susah.Nak keluar ngan kawan2 lagilah.Tapi budak2 dua orang ni memang seronok, tak berapa disekat.Kalau korang terbacalah blog aku ni, aku menulis bukan sebab jeles tapi just nak mengingatkan korang berapa beruntungnye u all and hopefully u all ingat pengorbanan mak dan abah yer.Adios and wassalam.

Drama Kehidupan

Baru jer lepas tengok drama "Harus Terpisah" kat channel 104 Astro Ria.Huhu sadis wa cakap lu.Mana taknye meleleh leleh air mata ni ha..

Citer ni lakonan Ogy Ahmad Daud dengan Nasir Bilal Khan.Memang mantooppp la.Mengisahkan sepasang suami isteri yang sangat romantis walaupun dah berkahwin 30 tahun tapi still loving couple.Yelah ke mana2 berdua.Jeles akakkk...After that, si suami kene alzheimer.Memang sedih giler la , bila bangun pagi  jer si suami tak ingat bini..

Dalam citer ni dorang ada 2 orang anak., lakonan Amyza adnan and shahrol ridzwan.
Part yang sedih bila anak2 dok kata ayah diorang ni mental tapi mak dorang still mempertahankan suami dia.Yelah dah hidup berpuluh tahun takkan nak hantar suami masuk hospital mental.Biar betikk??Apa pun yang berlaku si isteri tetap setia di sisi suami.Walaupun dalam masa tak ingat tu, si suami dok ngurat orang lain, si isteri tetap tabah sebab dia tau perangai suami yang sebenar.

Dalam cerita ni anak lelaki depa dok busy dengan kerja sampai takde masa nak jenguk mak ayah kat kampung.Bila mak ayah datang rumah pun still busy dengan kerja.Dialog yang tak boleh aku lupa bila ayah dia kata "Sampai bila2 cari duit takkan pernah cukup, kami ni mak bapa takkan hidup lama.Ada jangka hayatnya.Kalau kami mati dulu,duit yang banyak tak dapat nak beli mak dan ayah."

One more scene yang buat aku touching bile suami dia terkencing dalam seluar,si isteri senyum jer."Takpe  bang,kita pi bilik air yer."Masa scene ni memang aku teresak2 .Sebab pa...hihih.Yelah aku dok relate ngan cara mendidik anak2.Korang imagine bila anak2 terkencing dalam seluar kita marah marah.Cuba kita buat macam Ogy, senyum jer, pastu suruh anak2 masuk bilik air salin.But nobody's perfect.Cepat jer mulut tu nak marah.Siapa yang marah tu? aku ker..Tapi tulah, bila termarah and terpukul anak2 aku akan cepat2 pujuk and peluk dorang balik.

Apapun,masa yang lepas takkan kembali.Yang tinggal hanya kenangan masa lalu.Okay.Jangan sedih naa...

Tuesday, February 24, 2015

Arman Haikal First Day in School

Time flies.Unsangkarable betul...pejam celik pejam celik Haikal dah masuk darjah 1.Teringat masa umur dia setahun.Besar ni jer.So cute my little baby.




Aku jer yg nervous semacam, maklumla first time anak masuk sekolah..Hhaahh...anak yang pergi sekolah mak yang nervous.Mama love u so much!!






Tuesday, February 17, 2015

Summarize of 2013 & 2014

Its really hard to remember all of this.Awal 2013 mom in law terkena stroke.I really dont know how to react when those thing happened.Sebab i ni jer menantu, so redha dengan apa yang berlaku.Imagine on that time, pergi balik hospital untuk tengok keadaan mak.Aku dengan 3 boys and at the same time need to take care of my mil.Its really tired.:)

Back to basic, setiap yang berlaku ada hikmahnya.Aku bersyukur terpilih untuk menjaga kebajikan mak mertuaku semasa dia sedang sakit.Insyallah lepas ni anak anak aku pula boleh menjaga kami.Lepas mum in law meninggal awal Januari 2014,setahun gakla mak terbaring.Masa tu aku tgh mengandung anak no 4.Lima bulan lepas tu, tanggal 23 Jun 2014 anak keempat aku ,Arman Hijaz bin Sudarman dilahirkan.Bersyukur kepada Allah.Maksudnye aku kene berusaha untuk baby girl pula.4 tahun lagi .;)hehheh

Tahun 2014 penuh dengan dugaan tapi tulah hidup perlu diteruskan.Yer dak.Yang pergi tetap pergi,yang hidup perlu meneruskan kehidupan.

Harapan aku semoga tahun 2015 yang dah 2 bulan menjelma ni akan menjadi tahun yang penuh bermakna kepada aku dan keluarga ku.Peace yo!