Fariza & Arman

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, January 17, 2012

I'm back...

Dah terlalu lama aku tinggalkan blog ni.Last sekali updates about my third annivessary.After tht, aku just "jenguk' je blog ni.

Kedatangan tahun 2012 is a year for my new baby and third superhero

Name: Arman Harraz b Sudarman (sweet tak nama ni?sweet kan...)
DOB: 6th January 2012 11.12am
POB: Hospital selayang
Weight: 3.13kg



Actually kalau ikut last period, due date should be on 9th January but baby nak kuar on 6th Jan which is same as scan date. Oklah tu.Tapi aku dah start cuti awal.28 December 2011 aku dah start amik cuti..Nak dijadikan citer, malam 25th which is on Christmas Day, Akim bole pulak terhantuk kat bucu dinding...Huuu masa tu hubby tgh mandi, aku tgh melobby kain baju, suspen aku tgk darah bayak gile.Tengok dahi dah berlubang so degan pantas bawa akim pi PPUM..huuu so 4 jahitan la si kecik ni kena...Dah la den ni tgh sarat..

Kira cuti aku ni berbaloi la..so aku bolela monitor akim b4 buka jahitan kat dahi tu...Memang mulut aku tak reti diam la marahkan 2 hero ni, maklumla ada jer aktiviti yg dorg buat.Malam 27 December, baru jer 2 hari after insiden terhantuk dinding, hubby cakap nak pi main futsal after office hour. B4 this pon mmg dia ada main gak. Cuma akulah takut terberanak anytime. Si adik ngan si abg berebutkan handphone aku. Entah macam mana, aku dah nampak abang dah nak tolak adik tapi dengan kesaratan perut ni memang melambatkan aku untuk menghalang tolakan abang..Huhuuu darah banyak gilos...aku dah panik, maklumla hubby pula takde...Memula call hubby tak angkat..Nasib baik ada jiran sebelah yg tolong hantarkan kami ke PPUM.Luckily hubby angkat hphone, terjerit2 aku bercakap ngan hubby.

Nasib baik takde apa2.Just macam terkoyak sikit kulit kepala.Huuhhuhuhu mmg panikk..nasib baik takde apa. Syukur alhamdulillah

Dalam nak tunggu baby kuar, macam2 hal jadi.Dugaan..dugaan..Aku ingatkan baby nak kuar end 2011. Rupanye nak kuar 2012 la..
Sebenarnye amik cuti awal bukan apa, dah sarat n imaginela 10 stsn nak sampai ke office. Tu dgn nak berjalan ke G Tower lagi. Tu yg makin lama rasa macam baby pun dah nak terkeluar.

Tapi aku kat rumah pun tak duduk diam, sbb fikir lepas ni nak berpantang kat Melaka, so bolehla pulak aku cuci bathroom mop sana mop sini, cuci comforter la...Sapa lagi yg nak buat ...mama Fa lah..hhehhe

Malam 4 Jan aku dah rasa lain macam, pagi tu pukul 5 pagi tengok ada tompokan darah.tapi takdela rasa sakit yg kerap just contraction yg sekejap sekejap la. Then aku kejut hubby, its a time...So call babysitter, minta tlg tengokkan 2 hero ni. Haikal menangis2 nak ikut. Aku cakap dgn Haikal "mama nk keluarkan baby jer, nanti kita jumpala k" tu pun kena jugak tarik dia keluar dari kereta.

Sampai hospital Selayang dalam 6.15 pagi, doc check bukaan baru 2cm jer..So doc suruh aku balik dulu..tapi aku rasa baby macam dah nak kelaur so ajak hubby jalan2 supaya cepatla proses bersalin.
Malam 5 Jan, malam tu sempat buat roti telur, masi ni aku dah counting conntraction selang berapa lama...makin lama makin sakit tapi tak berapa nak kerap sangat. Masuk pukul 2 pagi dah semakin kerap sampai aku tak boleh nak tidur. Then aku baca Yassin nak hilangkan rasa sakit tapi still ada jugak n sempat juga google abut contraction.. Then aku bgtau hubby rasanye memang dah time.So pukul 7 camtu hantar hero2 ke umah babysitter.Aku dok menahan sakit tapi request kat hubby nak p breakfast dulu.Takut lapar sampai kat hospital nanti..

Sampai hospital doc check dah 4cm. So masuk labour room on 9.45...hubby pun masuk sekali .Sakit huhuh memang Allah je yg tahu.Memula nurse tanya nak ubat tahan sakit tak.. Aku cakapla tak nak..Then masa tu dah 6 cm after doc pecahkan ketuban, nurse tu tanya lagi. then hubby yg tak tahan tengok aku menahan sakit..so at last aku ambik gak injection kat bontot tapi masa tu tak sempat injection tu nak berkesan aku dah rasa macam nak teran..Masa tu nurse cakap kalau rasa macam nak teran panggil dorg...Then hubby panggilla tapi nurse kata belum lagi.

Then bila dia keluar jer aku dah cakap ngan hubby aku tak tahan dah ni macam nak keluar dah ni.So aku pun teran jelah, masa tu nurse ngan doc masuk bagi moral support..aku rasa 2 kali teran je baby dah kuar...Alhamdulillah...

To be continue....