My Miracle and precious moment in my life.I love myself, hubby and kids.Not forgotten mak,abah, adik2 n mom in law.
Thursday, July 31, 2008
PERISTIWA ISRA MI'RAJ DAN KEPENTINGANNYA BAGI UMAT
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Sidang jamaah yang mulia,
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Sidang jamaah yang dikasihi Allah,
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).
Sidang jamaah yang berbahagia,
Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.
Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.
Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.
Sidang jamaah yang berbahagia,
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.
3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.
4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.
5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
Sidang jamaah yang dihormati,
Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
(Q.S. An-Nahl: 43).
Thursday, July 24, 2008
Haikal Demam...





Masa tu pukul 11 lebih pagi,hari Selasa la kan.Tengah sibuk la konon compile error P6.Tetiba dapat call dari laki Kak Yan.Dia bagitau Haikal demam.Menggeletar sekejap aku bila dia cakap macam tu.Aku pun terus call hubby bagitau Haikal demam.
Ikutkan aku boleh je balik sendiri tapi saja bagitau hubby dulu.Dia pun no problem nak balik umah amik Haikal.So dalam 12.30 macam tu hubby pun datang.Sampai klinik dalam pukul 1.00 tapi rupenye depa tgh makan lunch.So kitorg pi lunch gakla.Dapat makan lunch kat tempat selain TNB, memang best giler debab rasanye lain dari yang lain.Makan pun laju je.Hehheheheh, sebenanye den kebulur.
So pegi klinik tu dalam kul 2 camtu.kira kitorg org 1st la utk petang yg dingin ni.Aku bukan pe Dr.Zainal ni lembut je.Tu yang syok kalau sakit.Jumpa dia sakit pun baik.Ahahhahahhahah.So org kata sambil menyelam minum ayorla.Sambil tu den den pun check gak den nye pregnancy ni dah bape bulan.So doc kata lagi satu hari masuk 2 bulan.Base on teori sains, aku dijangka bersalin pada 7hb Mac 2009.So, on that time, Haikal dah setahun 2 bulan.Ok lah kot.
Balik dari klinik, aku tidokan Haikal.Kesian tengok dia demam.Comel je muka Haikal bila demam tapi yang geli hati tu makan still ok jer.Oklah tu...
Dan2 lepas tu aku pun call mak bgtau..Tapi aku dah siap sound kat cik abe,jangan bagi tau mak dia lagi.Saja jer.Bukan per sebab dok sekali ngan mertua kan.Bukan takut tapi segan je..Poyo je aku ni..
Haikal Masa tengah Demam





Aku Pregnant Lagi Ke??
Balik tu try checkla, tapi takde per pun.Walaupun aku check takde per, aku rasa macam still ada per2.So next week nye aku pi beli lagi test kit tu.So, this time memang confirm aku pregnant.Masa tu, tak tau apa perasaan aku.Happy ke apa ke?Bukan sedih tau,tapi fikir macam mana nak take care 2 orang anak sekaligus.Tapi aku tau aku boleh..Hahah.Perasan je aku ni kan?
Aku pun memang nak anak lagi sebenarnye.So tak kisahla kan.Cuma bila dah anak rapat ni penat sikitla badan den ni ha.Bila buat kiraan sendiri, aku rasa dalam bulan 3 tahun depanla baby no2 kuar.
Bengang Baju Hangus
Oppsss..sebelum tu, aku pun turnla volume heat ke tahap yg panas tul.Dengan bangganya, nak gosokla kan baju biru belang ni ha.Tak semena-mena aku yang bengong ni terlupa nak slowkan volume dia balik.Apa lagi berlubanglah baju tu.Malang tul nasib aku kan.Sedih tengok nasib baju ni.Maklumlahla baru sekali pakai.Jodoh baju ni tak kuatlah dengan aku.Sian aku kan.Sian aku ke baju aku .Tak baik korang sian kat baju aku tau.Aku ni lagi kesian tau, bayangkanlah penat tau nak cari baju ni.
Tengahari sabtu tu aku rush pi Kl Sentral ngan Hubby pi cari baju.Dahla penat lepas KPLI Test tak abis lagi.Berkejar lak pi cari baju.Nak lawa la beb.Mestilah.Perempuan beb.Mana tak bangga bila dapat je baju tu, petang tu dapatlah den pakai masa wedding Alice.Seronokla bro dapat cari baju lawa.Lawa version akula.Lawa version korang aku tak taulah.Hahhaha.Tulah nak bergaya punya pasal, kan dah menyesal.So untuk tatapan kalian, saksikanlah kenangan terakhir aku sewaktu bersama dengan si baju belang biru!!




Monday, July 21, 2008
Arman Junior
So,aku dah start bagi Haikal makan 2 hari sebelum Haikal genap 6 bulan.Pandai pula dia makan.Kira tak rugila,buat nestum tu sebab aku pun leh tumpang makan sekali.Ahahahahah.
Opps lupa lak..bulan lepas masa balik Melaka, papa Haikal dok cukur kepala Haikal.Kali ni dah masuk dua kali la kepala Haikal botak.Comel sangat anak mama ni bila berkepala botak.

Rasa gembira sangat bila tengok keletah dia yang mencuit hati ni.Pandai posing lak tu.Tu yang tak tahan tu bila tengok balik gambar posing maut tu.


Oh ya hari tu Aunty Ct bagi Haikal baju.Harini bagi, esok Haikal dah pakai baju tu.Punyalah appreciate giler.Hhehehehhe siap ada nama Ben lagi.


P6 Run Script bersama Baby Haikal
Ramaila baby sitter tak terlatih yg menjaga Haikal masa aku dalam proses nak tallykan tab ngan shape.Hahhahahahaha..Sekejap Aunty Ct,pastu Aunty Alice lak.Then Mak su Cheong..Dah penat lak,Aunty Haiza.lepas tu Aunty Ulin .Last but not least Uncle Salihin.Hooohohohohoh.
Sampai tertido si Haikal .Itu pun tido sekejap jer.Tengah nak run script ni, sebelah tangan dok pegang Haikal kecik ni.letih gak nak mendukung si kecik ni.Sampai tertido-tido kat atas riba Aunty Ct.



Dah penat tido,masa org lunch,dia pun nak makan gak.Makan nestum beras + susu.Time ni, Aunty Ulin tolong pangku Haikal.Mama suapkan Haikal makan.Seronok tengok Haikal makan.Sedap ehhhh!!!


Monday, July 14, 2008
I'm Back!!

Hi...lamanya tak post apa2 dalam blog aku ni.Selalunye, aku just jenguk jer .Bukan per , saja nak dengar lagu Bo Go Ship Da (Stairway to heaven).Best giler citer ni siot..Kalau korang tak tengok lagi citer Korea ni, aku suggest korg tengokla yer.Memang touching sangat..lagi-lagi heronye yg hensem bangat ni, membuatkan den tak tido malam,,,ahhahahahah,.yelah tu,,
Orait..my lovely baby.Lagi 3 hari Haikal akan genap 6 bulan.Baru semalam aku bagi dia makan nestum.Beras + susu.Sedap gak!Ngan aku sekali telan.Hhehehhe.Rasanye Haikal dah nak tumbuh gigila.Tu yang semenjak 2 menjak ni, asik meragam jer.Tak sedapla gusi tu kan.Sian anak mama ni..