Fariza & Arman

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, December 15, 2008

Cuti-Cuti 2008
















Finally, dapat juga aku pi bercuti ngan my lovely husband n baby..Seronok tak terkata!Mesti korang tertanya-tanya kan aku pi cuti mana??Bukit Merah la beb.Kalau tak , tak dapek gak nak pi bercuti ni.Nasib baiklah bulan ni turn aku yg dapat kutu, tu yg meriah tu mak ngah...

Bertolak dari KL pukul 10.00 pagi.Lepas bg Ekal makan, lepas kitorang makan.Maklumlah mak mertua aku dah susah2 masak.Kenalah makan.Yelah dia ingatkan kitorang nak pi kenduri kawain..Baper kali dah bagitau nak pi jalan2 makan angin.Ajak mak mertua aku confirm ayamlah dia tak nak ikut..takpelah kan..bercuti bertiga jelah.
Sampai kat Bukit Merah dalam pukul 2 petang macam tu.So kitorang sempat pegi Echo Park dulu.Dalam Echo Park ada macam2 binatang.So korang kene pandaila planning aktiviti korang kat sini.Untuk yg dah berfamili macam aku ni aktiviti dia limitedlah ckit.So kat Echo Park ni adalah masa2 dia untuk animal show.So aku pergi tepat2 masa animal show tu...Burung kakak tua yg buat persembahan beb.Kitorang siap amik gambar ngan burung kakak yg dah tua.Hhehehhe
Selesai jer,masing2 perut dah kebulur.Apa lagi... makan time.Cari makanan ckit untuk cover masa dalam hotel nanti.Then terus balik hotel.Lepak-lepuk.
Esoknyer bangun pagi pi brekpes.Then tengan pelampung yg aunty Ct bagi tu.ekal pun dengan semangatnye floating dalam kolam kat hotel...Seronok bukan main!!Tapi malangnyer pelampung ni tak lama hayatnyer,,maklumlah dapat dekat Ekal yg gigi asik nak menggigit jer.Bocorla beb..
Then . after pack apa2 yg patut.Kitorg pun check out dr hotel.1
st tempat yg kitorang tuju kat Orang Utan Park.Kitorang kena naik bot dulu dari jeti yg ambil masa lebih kurang 10 minitla untuk sampai.Aku excited masa tengok baby orang utan.Yelah macam manusia jer.Pakai pampers,minum susu botol.Manja lak tu.Tak caya ekk...!!!
Lebih kurg sejam kitorang kat situ.Then,acara kemuncak adalah pergi bermain air kat Water Parkla.Masa tu pelampung ekal tu dah tak boleh guna.So hubby den pilah carikan pelampung baru.Uiiii..nakal betul Ekal ni.Tak nak org pegang...Nak kayuh sendiri tu...Aku ngan hubby tak penatla sebab just monitor Ekal jer..
Dalam kul 7 camtu kitorang chow dr Bukit Merah..Ke mana? Next destination Penang.Dah tak jauh tu dr Bukit merah.Apa org kata alang2 menyeluk pekasam...ha biar jalan jauh..Hhahahahhahah
Oooo..sampai Penang kitorang ronda2 dulu.Then barulah cari tempat lepak..Padua Inn.Tulah hotel murah yg kitorg duduk..Dalam 70 lah rate dia..Kira oklah masa cuti skolah ni.Kitorang tapau nasi kandar je bawa balik hotel.Ngan ekal2 sekali telan..Uiihh sedap tu..lama tak pekena nas kandar orginal..ZZZZZZ.
Esoknyerkitorang check out .Konon2nye nak balik arini tapi tak jadi.So kitorang lajak lagi cuti satu hari.Konon nak rayau kat KOMTAR ..Tapi tengok macam takde pe jer..Pi makan tengahari kat restoran nasi kandar gak..Tup..tup jumpa abg Jo lah pulak..ex classmate masa degree dulu.
Pusing2 dalam keta je.pastu lepak lak kat D'feringgi Hotel.Okaylah tu...
Then ronda kat Batu Feringgi.Tengok2 barang..Mahal sikitlah.,.maklumlah foreigner kan ramai.Makan kat sini mahal la.Dahla mahal tak sedap pun.After ronda2 pi makan kat Padang kota Baru kat Pesiaran Gurney..Uii pekena pasembor ngan satay..sedap wa cakap lu...Meleleh ayak liuk..Hahhahha,,
Esok pagi lak.Laki aku sibuk nak pi Lorong Kulit.Maklumlah laki aku ni suka layan barang2 lama, antik.Lagi2 spek, jm ke cinicin ke .Berjanggut gak tunggu dia layannnn..Bagi canla...
Planning kitorg nak balik arini,,tapi hubby tak makan pujuk..Lepas pi Sg Nibong tengok Pesta Penang..kitorang blahla.Tapi laki aku selagi tak pekena nasi kandar yg betul2 ngam dia tak nak balik.Pi melantak nasi dulu..Then bye2 Penang..Sampai KL kul 2.00 pagi...Berakhirlah sesi percutian untuk Tahun 2008..Selamat Tinggal 2008!!Selamat Datang 2009!!















































































































































































































































Monday, December 1, 2008

Swimming Float...

Swimming float tu per? Pelampung la beb.Masa Ct cakap dia belikan Ekal pelampung.Aku dah terbayang Ekal kat dalam swimming pool ngan pelampung.Mesti cute sangat.Lagi2 si ekal ni kalau dapat air mesti excited gilerrr...Ni ha kat bawah ni aku jumpa baby ni ngan pelampung dia.nampak relax je
Taraaaa..nila pelampung yg aku maksudkan..cantik tak??Aunty Ct and Uncle Ari yang bagi...aku pun excited jer..Maklumlah bapa angkat and mak angkat ekal ni suka betul bagi present kat Ekal.(Pss...lepas ni kene beli untuk anak sendiri la beb)

Tak sabar nak tengok ekal mandi ngan pelampung ni


Jangan jeles yerrrr...

Amacam??Cool tak...














Haikal Dah Pandai Duduk?

Seronok tengok Ekal dah pandai duduk sendiri.Tapi Ekal kalau dah duduk,,duduk je la sampai ke sudah.Kalau takde orang yang ubah posisi dia, macam tula sampai ke laaa .Kesian Ekal..kan..Chayo!!!

Tupun dah nampak anak mama ni dah nak start angkat lutut nak merangkak..Oklah tu (ala2 Saida gitu).Good job , boy!

Siapa ituuuuu...cuba teka??

Haikal tengok per tu??Duduk molek2 yek..

Ekal makan potato yek..Good boy! Jaga2..jgn sampai terlentang

Ekal,,napa mulut ekal tu?? Sapa gigit??Bengkak yer...

Thursday, November 27, 2008

I Love U !

Lirik lagu Tanpa dari Fazli 6th Sense ni membuatkan perasaan aku dibuai-buai.To my hubby , Sudarman Baharudin ..I Love U so Much, I Can't Live Without You!


Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati (x2)

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menuggu mati

Rahsia Air Tangan Wanita

Dalam satu paparan majalah kesayangan semua ini baru-baru ini ialah mengenai harapan seorang suami terhadap isterinya. Banyak harapan suami, semua yang baik-baik, yang menjamin kesejahteraan hidup mereka. Mungkin satu hari nanti, boleh pula dibincangkan tentang harapan isteri terhadap suaminya. Namun, untuk perbincangan kali ini, saya nak sentuh mengenai salah satu harapan suami di dalam perkahwinannya iaitu isterinya adalah seorang yang pandai memasak. Mungkin tak sehebat seorang chef yang handal dalam menyediakan pelbagai jenis juadah tetapi yang penting, si isteri mampu mengenyangkan perut suami. Harapan para suami ini mengingatkan saya kepada kata-kata emak saya: kalau nak suami dekat dengan kita, jaga perutnya jangan sampai lapar dan jaga tidurnya jangan sampai tak lena. Alhamdulillah, menghampiri empat tahun perkahwinan, suami saya yang dulunya memakai pakaian bersaiz M, dah mula mencari saiz L.

Mungkin ada yang pelik, satu masa dulu saya pernah menegaskan bahawa memasak untuk suami dan anak-anak, bukan satu tanggungjawab. Ya betul, memasak bukan satu tanggungjawab atau kewajipan seorang isteri. Harus diingat, selain melayani kehendak batin suami, kewajipan seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami. Sebab itu lah saya pernah mengatakan bahawa tugas memasak adalah satu kerja bonus. Bukan sahaja kepada suami tetapi yang paling penting ialah kepada diri isteri itu sendiri. Kenapa? Kerana dengan masakan, seorang wanita mampu menambat hati seorang suami. Pernah dengar kes majikan ada hubungan sulit dengan pembantu rumah? Banyak kes dah kan? Selalunya bila timbul kes-kes sebegini, yang akan disalahkan ialah pembantu rumah kerana tak sedar diri dan berani memikat majikan sendiri. Suami juga disalahkan kerana tidak tahu membezakan antara kaca dan permata. Ramai yang tidak tau, sebenarnya salah satu sebab ialah air tangan pembantu rumah tersebut yang telah melekat di hati si suami.

Ya!!! Air tangan… perkara yang kecil jer kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ni manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya. Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli jer, dah tercapai ler hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu… memang betul. Cepat dan segera. Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran. Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga.

Bukan memanjakan suami. Bukan juga menghambakan diri isteri. Memasak dan menyediakan makanan untuk suami adalah satu tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami. Jika suami menghabiskan masakan isteri dengan penuh selera, hati isteri akan gembira dan ceria. Akan semarak lagi kasih dan cinta yang telah sedia ada. Pernah ada satu kes, seorang suami meninggalkan isteri mudanya yang cantik molek, pandai bersolek dan memikat, kembali kepada isteri pertama yang telah diceraikan kerana satu kehebatan bekas isterinya itu yang sukar ditandingi iaitu memasak. Cakaplah apa sahaja, si isteri akan pantas menyediakannya. Saya faham, sebagai wanita bekerjaya, memang susah untuk menyediakan hidangan istimewa setiap hari. Namun, saya menyeru kepada diri saya dan para isteri yang lainnya, demi suami yang kita korbankan harga diri kita kepadanya, marilah kita berusaha untuk mengenyangkan perut suami dengan air tangan kita sendiri.

Tak perlu masakan atau hidangan istimewa setiap hari, cukuplah yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Suami pula, jangan pulak bersikap melampau. ‘Order’ itu ini seperti isteri anda itu tukang masak restoran. Kalau sesekali di hujung minggu tu, memang wajar. Kalau hari-hari, memang cari pasal ler. Fahamlah sikit, isteri anda bekerja. Kalau suri rumah pun, bukan memasak sahaja kerjanya. Anak-anak, persekitaran rumah, segalanya nak diuruskan juga. Biarlah bersederhana. Kesihatan terjaga, kewangan pun tak memeningkan kepala.

Paling baik, bukan sekadar isteri yang sibuk di dapur. Suami sepatutnya turut sama membantu isteri ketika menyediakan hidangan. Ya lah, dah isteri lakukan bonus untuk anda. Anda juga, berikan bonus kepadanya. Kalau ada anak-anak, suami boleh membantu menguruskan hal anak-anak ketika isteri sibuk di dapur. Itu juga salah satu cara memberikan bonus kepada isteri anda. Paling penting juga, suami harus bijak mengambil hati isteri. Ingat!! Isteri anda bukan chef terbaik di hotel bertaraf antarabangsa. Malah ada di kalangan wanita yang belajar memasak hanya setelah berkahwin.

Peranan suami amat penting untuk membanggakan isteri anda mengenai masakannya. Jika sedap, pujilah. Jika tidak, jangan diperli apatah lagi dimaki. Bukan berbohong namun tetapi gunakan kaedah yang lebih berhikmah. Jika terlebih garam, katakanlah, makanan ni sedap, tapi lebih sedap jika kurang sikit masinnya. Percayalah, hati isteri takkan terguris dengan komen anda malah isteria kan lebih berusaha menyediakan yang terbaik agar anda selalu memuji kerana pujian anda adalah salah satu tanda, anda menyenangi dan menyayanginya.

Monday, November 17, 2008

Miss U All...

Hi korang.Lama gak tak update blog aku.Lebih kurang sebulan kan.Bukannyer tak nak update tapi bila penyakit M melanda .Tu yang malas tu.Bila malas menulis,rajin memasak lak.Terbalik pulak kan.Bagus tak aku.Isteri yang rajin.Bukan per suka tengok laki aku makan.Bila kau masak jer, semua abis.Tu yang seronok je rasa nak masak.Kalau takde org yg makan , of course la malas nak masak.Mana taknyer, akhirnye nanti masuk dalam tong sampah gak kan.

Oh yer, raya 2008 memang best.Maklumlah tahun ni, raya dengan buah hati pengarang jantung Haikal.Raya tahun lepas si kecik ni dok dalam perut lagi.Tahun ni seronok melayan telatah yang comel tu..Alalalalla anak mama.Cayang diaaa....Nak tengok tk gambar raya tahun ni.Jap ekk..aku upload dulu.Kalau tak macam mana korg nak tgk.Hehhehehhe gurau jer.Jangan marah yerrr..



Mama & Ekal



Our Family



Raya 2008 With Big Family

Thursday, September 18, 2008

Jalan-jalan Buka Posa





Semalam punyalah nak makan roti nan.aku dengan semangatnya ajak hubby buka pose kat Ampang.Fuhh..lepas mengidam masa mengandungkan Ekal dulu, aku memang dah tak jejak kaki langsung kat situ.
Sebenanyer aku dah teringin sangat nak makan roti nan n ayam tandoori yang lazat tu masa mengandungkan anak kedua tapi tulah hajat tak sampai sehinggalah ke peristiwa keguguran itu...Hehee.Aku tau sebenanye laki den bukan minat sangat makan roti tu.Dia pandai makan ayam tu jer.Tak adventurer langsung laki den ni kan??Sayang jangan marah tau..
Sampai kat sana, aku order la 3 keping plain nan n 2 set ayam tandoori.2keping roti nan tu akulah yg makan.Aku bukan per, aku minat sangat ngan kuah pudina tu.Kalau nak compare kuah pudina ni dengan mana2 kedai mamak, memang tiada tandingannya....Sapa tak terliur tengok roti and ayam tandoori ni ha.Dah separuh jalan makan baru ingat nak amik gambar..


Ekal je rasa macam kurang selesa, maklumla gerai mana der kipas n aircond.Manja si Ekal ni.Nasib baiklah ada kipas ni.Nak tau tak sapa bagi.Sapa lagi Aunty Ct and Ucle Ari.Cutekan
kipas nih....

Cunkan kipas nii..

Aku makan tak tengok keliling kecuali Ekal nila.Sambil makan sambil pegang Ekal.




Tak terkata lazatnya ayam ni ha..Rasa jangan tak rasa

Ekal nak ke???Mama bagi sikit ok...
.

Papa dalam terpaksa kena telan roti nan

Dahla aku gak yang kena abiskan roti laki aku ni ha.Yelah org bandar la katakan , reti makan ayam jer.Kalau tak dapat makan ayam, macam org tak betul jer..Ahahaa.Gurau je sayang.Bayaangkanla ayam golek sekor tu pun dia leh abiskan sorang.Heheeeh.Apapun terima kasihla kat Pn.Ct yang introduce tempat ni.Marvellous wa cakap lu!!!Tangkap leleh..






































Anak buah No 3 beb..

Hehehhe...hari sabtu haritu , aku n family balik Melaka.Nak juga buka pose kat sana. Mak mertua aku tanya, nak balik gak ke padahal raya nanti balik gak.Aku jawab slow jer...mestila nak..Mana aci beb,,Aku sukakan keadilan..Poyo je kan.

Dalam pukul 5.30 ptg camtu we all gerak.But kitorg singgah dulu kat bazar belila apa yg patut utk cover perut masa on de way ke Melaka nanti.Kitorang beli sate,karipap,kuih talam ubi n apam untuk Ekal.Yelah Ekal dah pandai makan sekarang.Kalau kitorang makan, di adok tengok jer.Kesian lak kat dia.Hehehhehe.tapi tulah Ekal tak suka makan apam tu .Maybe tak sedap kot

So buka posa tu, w all berenti kat RnR Seremban.Ingatkan nak buka dalam kereta jer.Bila tengok orang tak ramai,we all decide duduk kat gerai kat situ.Beli milo n teh ais jer.Bila makan apam tadi, rupanya apam tu memang tak sedap.Patutlah Ekal tak suka.

Sampai Melaka around 9.30 camtulah..Then mak bagitau angah dah pecah air ketuban.Meaning dah sampai masa nak beranak tapi tulah pagi tadi Angah boleh kuar pi shopping lagi.Malam tu aku,hubby ,Achik n Asan kuar pegi Taman Cempaka.Tempat tu ala-ala Jalan TAR la.Ehehehhe.Tapi best lagi jalan TAR lah.lagi banyak pilihan.Aku just cuci mata je kat sana takde beli per.

After sahur, Angah mengadu air ketuban dok keluar lagi.Dalam pukul 10.30pg camtu baru dia pi hospital.Angah beranak masa kita semua tengah berbuka puasa .Tapi tulah sampai sekarang aku tak tau nama per yang Angah pilih untuk anak ketiga dia ni.Cuma Akil (anak sulung) cakap ummi nak bagi nama Iman Daniel.Entahlah..

Nak tengok tak wajah comel yang didambakan selama 9 bulan :




Comeinye..macam anak cina lak




Tengok per tu..

Baby ngantuk yekk,,



Alamak ni dr mana lak dtg baby giant ni..

Anak sapa lah ni??

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat muslimin muslimat.Hari ni 3 Ramadhan 1429H.Ramadhan ni kira pertama kali sambut ngan Ekal.Seronok betul bila aku ngan hubby bangun sahur dia pun sibuk gak.

Macam pagi tadi aku rasa malas nak makan nasi.Bukan per, semalam aku dah melantak sate ,mkan roti cicah milo tu yang rasa kenyang semcam.Ahahahha.Then, sahr tadi just makan nestum jer untuk alas perut.Ekal pun sibuk gak bila tengok aku makan.

Aku pun satu dok lagi depan dia.Bila duduk macam tu dia ingat aku nak bg dia makanla.Aku bg gakla dalam 3-4 suap.O...suke diee,,,.Tapi tulah skang ni aku dah rasa lapar lak.Tak baik cakap camtu kan tapi tu la aku dah rasa aura lapar ni.Hehehheheh

Oklah .Selamat Berpuasa.Semoga amalan kita di bulan yang mulia ni diberkati oleh Nya.Wallahualam.

Wednesday, August 27, 2008

Edit Gambar...

Hhehehehhe...semalam bila je si syamsyina bgtau aku ada satu website yang boleh edit gambar, aku pun dengan hegehnyer try edit gambar aku ngan hubby...

inilah hasilnyer yg tak seberapa pandai...




Loving Couple

Posing maut..

Senyuman manja


Tuesday, August 26, 2008

Haikal Tumbuh Gigi

Anak mama dah tumbuh gigila.Dah 2 minggu Haikal start nak tumbuh gigi.So dalam 2 minggu ni, ada jer benda yang tak kena.Yelah kita pun kalau orang tua sakit gigi, macam mana rasanyer.Ni pula baby yang tak tau nak bagitau kalau dia sakit ke apa ker.Bayangkan macam manalah rasanye kan??

Baru jer aku dok hegeh amik gambar aksi2 spontan Arman Haikal ni, tetiba je dia demam.Kesian baby Ekal.Sebelum aku cerita kisah seterusnya,kita tengok dulula aksi-aksi Ekal yang mencuit hati dan menawan kalbu..Ahahahahah perasan je Mama Ekal ni.




Pandai Arman Haikal ni posing kan.Macam mama dia gak.Ahahhaha.Ok cerita yang seterusnya...
Alkisahnya, semalam aku ingat nak pegi makan McD.Tapi tulah tetiba je Ekal meragam.So aku bagilah biskut Farley.Maybe bolehla legakan sikit gigi Ekal ni ha.Maklumla daia ni pun meragam sebab tak selesa kan.Nak tumbuh gigi lah katakan.Tetiba lak masa tengah layan biskut tu, batuk2 pulak.Ntah macam mana tersedak tu yang baby muntah tu.Kesian betul aku tengok.Maka secara automatiknya acara makan di McD terpaksalah dibatalkan.Tapi tu la hubby dok tanya lagi nak makan pe ni.Last aku cakap makan Burger Ramly je la.Hahhaha...Balik tu Ekal meragam lagi.Tersedu2 dia menangis.Yang mama tak tahan tu bila Ekal batuk,siap pakej selsema lagi.Sian betul anak mama ni.Seksa betul bila baru nak tumbuh gigi ni.

Mak mertua aku dok ingat Ekal sakit perut .So aku pun bila mak aku dok cakap2 banyak2 kali, aku terus ajak hubby pegi klinik.Doc ckp baby demam,batuk, selsema sebab nak tumbuh gigi.Simptom2 penyakit yang datang dengan pakej bila Ekal sakit nak tumbuh gigi.Sian mama tengok anak mama ni.

Balik tu baby Ekal tidola kejap.Pukul 3.30pg macam tu baby terjaga dok melalak.Mak tak bagi aku dukung Ekal.S0 hubby lah yang dok dukung,tenangkan sikit rasa sakit kat baby Ekal .Sejam lepas tu barulah baby dapat tido.Tu pun aku rasa sebab dah penat batuk n menangis.Lama gakla baby tido walaupun dia dok terjaga sekejap2.Pukul 8 macam tula baru baby bangun.Nampak macam dah ok sikitla.Dah boleh senyum dan keluarkan suara yang nyaring tu.

Harap2 bila mama balik dari keje nanti, Ekal dah bertambah baik yer sayang.Apa pun mama n papa cayang ngan Haikal tau.Muahhhh..

Ada Hikmah Di Sebaliknya...

Lama aku tak update blog ni.Bukan tak nak tapi tak berdaya..Hahahahha.Hari Selasa haritu baby Haikal demam.So satu hari aku tak tido sebab Haikal dok merengek jer.Maybe sebab nak tumbuh gigi kot.Sian kat Ekal kan..Jangan nangis cayang...mama kan ada.

Esoknya..Ekal macam dah ok jer tapi aku pula tetiba je rasa tak sedap badan.Ntahla macam demam tapi bila memikirkan kerja, gagahkan juga diri pegi keje.Kononnyer workaholicla...Sampai kat ofis tetiba je rasa sakit kepala.Nak buat apa pun macam tak larat je.Lastly, aku lepak tido dalam surau.Rupanye aku ni demam.Patutlah badan rasa tak sedap jer.Sebenanyer pagi tadi kuar darah macam period tapi aku buat dek.Buat dek pon dalam kepala fikir gak aku ni gugur ke apa ha.Risau sebenanyer den.

Then aku call hubby suruh bawa pi hospital.Lepas hubby bagitau pasal kes aku ni,org kat PPUM tu bawakan kerusi roda suruh aku duduk atas tu.Rasa macam lain macam je.Sebab aku rasa aku larat je nak jalan.Hubby lak pi parking kereta sat.Aku rasa macam bengong jer dok duduk atas kerusi roda ni.Yela tunggu hubby tak sampai2.Aku rasa macam nak bangun tolak sendiri kerusi roda ni.Apalah akuni,,,ntah apa2.

Bila check, doktor kata aku demam,then tolak aku masuk wad.Kira sejam gakla dok dalam wad masuk air dalam badan.Then bila scan, doc tak jumpa janin.She ask me datang lagi dua minggu jumpa gynea (pakar sakit puan) aku pun sebenarnye tak tau gynea tu apa.Bila tanya CT barulah aku tau.Yelah kalau tak memula tu aku ingatkan Ghani,,,Ahahaha..bodo giler..Doc just pesan kalau keluar darah lagi, cepat2 datang balik n dia bagi mc 3hari.Aku berdoa gak harap2 baby dalam perut ni ok.

Esoknya, still gak keluar darah.Aku dah panik sekejap sebab pagi tu hubby keje.Haikal aku hantar rumah Kak Yan.Bolehlah aku rehat sikit.Petang tu hubby balik n aku ajak hubby pi check up kat Klinik UMRA.Ct yang recommend aku pi sini sebab servis dia ok.Lagipun pernah dengar pasal Pakar Sakit Puan husband and wife ni.Sampai sana , doc cakap baby aku macam tak membesar.Sepatutnya bila masuk 11 minngu, kira baby dah cukup sifat tapi baby aku macam baru 5 minggu je.Bla check rupanya aku dah gugur.Ingatkan boleh lagi selamatkan baby ni.Walaupun aku tak rancang nak dapatkan second baby tapi aku sayang sangat dengan janin dalam perut ni.Tak sangka pula takde rezeki nak dapatkan cahaya mata ynag kedua.

Hubby aku memula macam tak boleh terima bila doc kata aku gugur.Tapi sebenarnyer ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Doc cakap kalau awak tak gugur pun mungkin kalau baby hidup mungkin dia tak sempurna.So redhalah dengan apa yang berlaku. Kita kena percaya dengan qada' dan qadar dari Allah.Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Wallahualam

Thursday, July 31, 2008

PERISTIWA ISRA MI'RAJ DAN KEPENTINGANNYA BAGI UMAT

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Sidang jamaah yang mulia,

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Sidang jamaah yang dikasihi Allah,

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :



“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Sidang jamaah yang berbahagia,

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Sidang jamaah yang dihormati,

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

Thursday, July 24, 2008

Haikal Demam...

Haikal Sebelum Demam







Masa tu pukul 11 lebih pagi,hari Selasa la kan.Tengah sibuk la konon compile error P6.Tetiba dapat call dari laki Kak Yan.Dia bagitau Haikal demam.Menggeletar sekejap aku bila dia cakap macam tu.Aku pun terus call hubby bagitau Haikal demam.

Ikutkan aku boleh je balik sendiri tapi saja bagitau hubby dulu.Dia pun no problem nak balik umah amik Haikal.So dalam 12.30 macam tu hubby pun datang.Sampai klinik dalam pukul 1.00 tapi rupenye depa tgh makan lunch.So kitorg pi lunch gakla.Dapat makan lunch kat tempat selain TNB, memang best giler debab rasanye lain dari yang lain.Makan pun laju je.Hehheheheh, sebenanye den kebulur.

So pegi klinik tu dalam kul 2 camtu.kira kitorg org 1st la utk petang yg dingin ni.Aku bukan pe Dr.Zainal ni lembut je.Tu yang syok kalau sakit.Jumpa dia sakit pun baik.Ahahhahahhahah.So org kata sambil menyelam minum ayorla.Sambil tu den den pun check gak den nye pregnancy ni dah bape bulan.So doc kata lagi satu hari masuk 2 bulan.Base on teori sains, aku dijangka bersalin pada 7hb Mac 2009.So, on that time, Haikal dah setahun 2 bulan.Ok lah kot.

Balik dari klinik, aku tidokan Haikal.Kesian tengok dia demam.Comel je muka Haikal bila demam tapi yang geli hati tu makan still ok jer.Oklah tu...

Dan2 lepas tu aku pun call mak bgtau..Tapi aku dah siap sound kat cik abe,jangan bagi tau mak dia lagi.Saja jer.Bukan per sebab dok sekali ngan mertua kan.Bukan takut tapi segan je..Poyo je aku ni..

Haikal Masa tengah Demam





Haikal Dah Baik Demam